PROMOSI !!! JANA PENDAPATAN DENGAN AQURA2U

PROMOSI!!! JANA PENDAPATAN DENGAN AQURA2U

aqura2u.com

Sunday, February 28, 2010

Bertaubat Kepada Allah

BismillahirRahmanir Raheem
Assalamu 'Alaykum WaRahamtullahi WaBarakatuh

Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul2 dan Nabi2 mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Taubat bagi dosa2 yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara2 yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.

PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA

1.   Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi.

2.   Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf.

SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya

4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:

I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).

DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI

Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian.

Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah :

1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.

2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.

3. Tidak menunaikan hak manusia.

Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari.

CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI

1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2  umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.

TANDA2 TAUBAT DITERIMA

Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun.

Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :

1.   Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

2.   Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3.   Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4.   Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5.   Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.

Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.

(rujukan utama : Ihya Ulumuddin, Syarah Imam Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Hikam, Sirrul Asrar)

Wallahu A'lam
 
Qoute : Ya Allah sesungguhnya aku banyak berdosa padamu dan juga pada kenalan rapatku, aku pernah sakiti hatinya terutama insan yg pernah muncul dalam hidupku. Dia tak dapat maafkan aku, aku berdosa dan bersalah padanya Ya Allah, dia pernah berkata takkan maafkan diriku seumur hidupnya. Aku sesal menyakiti hatinya, jauh disuduk hati utk berbuat demikian Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui isi hati ini. Aku buat demikian bersebab walaupun pasti dia akan merasai sakitnya hati dan perasaannya tersinggung. Hingga saat ini aku masih menanti kata2 dari mulutnya "saya maafkan awak, kita masih lagi berkawan". Ya Allah, Engkau lah yg tahu betapa hati ini gundah gelana, hancurnya hati ini. Engkaulah yg tahu apa yg terbaik buat kami, janji dan sumpahku padaMu akan ku tunaikan jika ia menjadi realiti, berkatilah kehidupan aku dan para sahabatku terutama si dia....Engkaulah yg tahu kisah hidupnya dan Engkaulah penjaga yg terbaik disaat dia perlukan seseorg dlm hidupnya. Aku sentiasa doakan utknya Ya Allah, Kau makburlah doaku utk si dia, hati ini dah puas mengalir air mata Ya Allah, siang malam air mata ini mengalir Ya Allah. Engkau redhai dan rahmatilah hidupnya, aku serah padamu Ya Allah. Seandainya dah takdir hidupku singkat, aku ingin pergi dgn aman tanpa ada dosa pada sesiapa pun walaupun aku banyak berbuat dosa secara sengaja atau tidak ku sedari. Ya Allah aku pinta padaMu rahmatilah perjalanan ke tanah suci kelak.

Saturday, February 27, 2010

Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjala nan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

Friday, February 26, 2010

Menangislah Semahunya

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

Wednesday, February 17, 2010

Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Surga

Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Surga

Oleh: Tim dakwatuna.com


dakwatuna – “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama
(masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan
orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada
mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan
bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang
agung.” (Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain
itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam,
pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga
didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah
menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah)
mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang
(Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu
dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah
bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah
menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat
Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu
Bakar
 Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan
142 hadiets.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah
seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya.
Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti
oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul
(tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia
menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan
kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya,
Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan
Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu
tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan
berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang
sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh
tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul
hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah
ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci)
sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82
tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan
ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi
Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah
mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul
diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal
dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif
disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud,
beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari
mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin
Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi
Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak
dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur
dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

http://tinyurl.com/taman2syurga
http://tinyurl.com/taman2syurga

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan,
pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu
bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada
yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang
Badar
. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh
rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia
70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti
semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2
kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun),
dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah
pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah
Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes,
dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi
oleh kaum Muslimin.

Monday, February 15, 2010

Haiti earthquake : Haiti Masajids now a refuge for Haitians - still standing


 السلام عليكم 
 
 
 I think we knew there were masajid and Muslims in Haiti, but some may not 
 have seen this footage. Thanks to Kandil & Kadri for sending the YouTube link.
 Subhanallah, it is great to witness the miracles of Allah. Indeed he makes 
 his signs clear to all humanity.

 
 http://www.youtube. com/watch? v=rb9XCUMQJ6M&feature=related

Also Watch the link below for all Masjids that survived other natural disasters:

http://www.youtube. com/watch? v=k1ABRH6gDD4&feature=related